Tajam.

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃 𝙏𝘼𝙅𝘼𝙈 𝘿𝘼𝙍𝙄𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙋𝙀𝘿𝘼𝙉𝙂

Rasulullah ﷺ tidak pernah keluarkan kata-kata yang menyakiti orang lain. Rasulullah ﷺ tidak berkasar kepada mereka yang bersalah.

Tapi hari ini kata-kata yang tak diungkap melalui lisan diungkap melalui komen-komen di media sosial yang bukan hanya menyakiti seseorang bahkan semua orang yang membacanya.

Sebelum menulis apa-apa komen ingatkan diri bahawa kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Kata-kata yang kasar ini boleh menyakiti perasaan seseorang kerana ianya lebih tajam daripada pedang yang melukai zahir seseorang itu.

Allah mendidik Rasulullah ﷺ untuk berlemah-lembut kepada mereka walaupun kepada orang yang bersalah, orang yang bermaksiat kepada Allah. Didikan Allah kepada Rasulullah ﷺ ini hakikatnya adalah didikan Allah kepada semua umat manusia juga.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid