Harga.

*”HARGAILAH”*

*Apabila* meninggal dunia seorang ayah.
*Maka* hilanglah pimpinan dan nasihatnya.

*Apabila* meninggal dunia seorang ibu.
*Maka* terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya.

*Apabila* meninggal dunia seorang abang.
*Maka* longlailah cita-cita yang dikongsi bersama.

*Apabila* meninggal dunia seorang kakak.
*Maka* hilanglah senyuman kasihnya.

*Apabila* meninggal dunia seorang adik.
*Maka* hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya.

*Apabila* meninggal dunia pasangan kamu.
*Maka* pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

*Apabila* meninggal dunia sahabat kamu.
*Maka* pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

*Ketahuilah sahabatku ..*
*Andai* kita melihat kanak-kanak yang sedang bermain, *maka* itulah masa silam kita.

*Andai* kita melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, *maka* itulah masa depan kita.

*Andai* kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. *maka,* itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

*Manfaatkanlah masa yang berharga ini.*
Sebelum kesempatan itu berlalu pergi.

*Hargailah apa yang masih digenggaman.*
*Nikmati dan manfaatkanlah apa yang masih menjadi milikmu.*

*Kerana pada saat Allah menarik kembali segala nikmat, maka segalanya sudah tidak bermakna lagi.*

*Alhamdulillah ♥️*


©

Leave a Comment