Terkejut saya baca pendedahan DS Najib Razak tentang Projek Canal City di Taman Sri Muda-Kota Kemuning.
Projek terusan air sepanjang 18 KM ini dimulakan oleh kerajaan BN pada tahun 2008 dengan peruntukan RM3 bilion bertujuan mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak.
Malangnya, setelah kerajaan PH mengambil alih kerajaan Selangor, projek ini dihentikan pada 2011 kerana menurut mereka projek ini tidak bermanfaat untuk rakyat Selangor.
Lebih celaka, tanah untuk projek ini dijual kepada sebuah developer, Dijaya sebelum PRU13. Dijaya ini kemudian ditukar kepada Tropicana yang dimiliki oleh adik kroni tersohor Tun Mahathir, Vincent Tan.
Hari ini, rakyat Selangor menerima padahnya atas kecelakaan kerajaan PH yang dipimpin oleh PKR.
Masih nak sokong PH? Lemah.
Monthly Archives: December 2021
Mati.
Peringatan Untuk Semua ;
Tragedi Lubuk Yu, Maran 2010 wajar kita jadikan iktibar.Misi mencari mangsa lemas bertukar jadi tragedi menyayat hati buat anggota2 penyelamat.Satu persatu anggota penyelamat tumbang selepas pulang ke rumah.Akhirnya 7 orang anggota penyelamat menemui ajal.Pada mulanya ramai mengaitkan dengan kejadian mistik.
Namun misteri terlerai apabila kesemua anggota penyelamat yang meninggal disahkan menghidap jangkitan Leptospirosis ( Penyakit Air Kencing Tikus) & Meliodosis.
21 orang yang lain lebih bernasib baik.Berjaya dirawat sebelum melarat.
Bahkan ketika banjir besar 2014 di Kelantan ada juga sukarelawan yang dilaporkan meninggal akibat jangkitan Leptosirosis.
Untuk pengetahuan kuman2 ini banyak ‘membiak’ ditempat2 tanah berlumpur & air yang tercemar.Yang menakutkan kuman Leptospirosis ini boleh menjangkiti manusia dengan menembusi kulit.
Oleh sebab itu adalah dinasihatkan agar para sukarelawan yang turun membantu mangsa banjir mengenakan pakaian yang lebih selamat.Jangan pakai selipar sandal semata2.Sekurang2nya pakailah but (bukan high heel ya😑).
Selain itu sukarelawan & mangsa banjir untuk digalakkan untuk mengambil antibiotik ie Doxycycline sebagai langkah pencegahan.Hanya seminggu sekali untuk kurangkan risiko jangkitan Leptospirosis.Yang mengalami demam perlu segera bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
#cegahsebelumparah
#rawatsebelumterlewat



